Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

Myrmecology

Myrmecology merupakan satu cabang kajian entomologi (kajian serangga) yang memfokuskan pada kajian semut. Pada awalnya kajian ini lebih kepada penyelesaian masalah pada manusia. Namun dengan gaya hidup semut yang komplek dan mempunyai organisasinya yang tersendiri, bidang kajiannya dikembangkankan apabila dilihat mempunyai peranan penting dalam ekosistem.  Terkini perkembangan kajian semut juga turut terlibat dari segi revolusi, interaksi, taksonomi, pemuliharaan dan sebagainya. Apa yang menarik pada saya, berkaitan bidang kajian ini walaupun pada awalnya  William Morton Wheel er  (1865–1937)    yang menubuhkan bidang kajian ini kerana kecendurungan dan minatnya  pada serangga serta sejarah semulajadi haiwan. Namun kajian    Edward Osborne Wilson  mula mendapat perhatian tinggi terutama pada penemuan fosil semut pada kapur  tahun 1966 bersama rakan-rakannya dan hasil kajian tersebut mendapati bentuk serangga tersebut tidak terdapat p...

Madah Pengenalan

Assalamualikum dan salam sejahtera, Sebagai pembuka kata, saya merupakan pelajar tahun pertama dalam penyelidikan semut (myrmecology) yang mana lebih kepada kajian berkaitan ekologi semut di kawasan  hutan yang telah dibuka. Disebabkan oleh pengalaman saya dalam bidang kajian semut adalah terlalu baru, saya telah mengambil inisiatif berkongsi bersama maklumat serta pengetahuan berkaitan bidang ini daripada carian google dan beberapa penulisan untuk dimaanfaatkan bersama. Tujuannya adalah berkongsi ilmu dalam masa yang sama, sedikit sebanyak menyelami bidang kajian saya. Mungkin hasil dari carian ini juga akan terdapat beberapa buah fikiran  dari saya sendiri secara tidak langsung. Serta saya juga turut mengalu-alukan sekiranya terdapat daripada pembaca ingin berkongsi pendapat dan maklumat berkaitan dunia semut kepada semua. Harapan saya bersama-samalah kita manfaati ilmu, khazanah ciptaan tuhan pada kita dan hargai bersama. Terima Kasih.. Penulisan Pena -SAM-...