Skip to main content

FAKTA MENARIK TENTANG SEMUT

Fakta ini mungkin kebiasaan bagi anda yang selalu mencari info berkaitan semut. Tetapi bagi yang pertama kali melihat fakta ini atau menjumpai dahulu blog ini, mungkin ini suatu info baru bagi anda!


Jom kita telitikan fakta menarik itu....

1. Lebih daripada 12 000 spesies semut di seluruh dunia.
- (mari dan melawat  Antweb untuk melihat spesies semut di dunia..)

2. Semut sebenarnya kerap tidur dan agak pemalas. Walaupun kita sering dengar tentang kisah semut yang rajin yang tidak tidur tetapi kajian terhadap pola tidur semut api membuktikan sebaliknya. Semut api tidur 253 kali sehari, dan purata bagi setiap sesi adalah 1.1 minit bersamaan lebih kurang 4.8 jam sehari. Ratu semut pula tidur 92 kali sehari dengan purata setiap sesi adalah selama 6 minit bersamaan 9.4 jam sehari. 
- (disokong melalui artikle  BBC News dan The Guardian melalui kajian James dan Cottell (1983) berkaitan  corak tidur serangga. Tambahnya lagi, kebiasaanya madibel dan antena semut akan berada pada peringkat yang rendah pada ketika itu sehingga mencapai serendah 65%) jadi sekiranya  kamu melihat kerengga tidak bergerak dan mulutnya rendah kebawah bermaksud dia tidur.

3. Semut tidak mempunyai telinga. Ia "mendengar" dengan menggunakan getaran yang dirasainya menggunakan kakinya.
- antena semut tidak dapat menterjemah getaran bunyi, tetapi  organ-organ subgenual  yang terletak di bahagian atas tibia pada semua kaki yang menerima getaran bunyi. Maklumat tersebut akan ditukarkan menjadi impuls saraf dan dihantar ke sentral sistem.

sumber :researchgate


4. Ratu semut mempunyai sayap, sayap berkenaan akan gugur apabila mereka mempunyai koloni baru.
- Ratu menjatuhkan sayapnya selepas mengawan adalah untuk kelangsungan hidup. Sayap semut mempunyai nutrien yang yang diperlukan oleh ratu semut selepas bertelur. Nutrien ini diperlukan untuk koloni semut generasi pertama hidup.

5. Apabila ratu semut mati,koloninya itu hanya boleh bertahan selama beberapa bulan sahaja. Ratu jarang digantikan dan pekerja tidak dapat membiak.
- Semut adalah koloni yang setia pada ratunya. Namun bagi koloni semut yang besar, ratu semut akan melahirkan beberapa ratu semut yang lain. Kebiasaannya ratu semut lain akan keluar dari sarang setelah matang dan membentuk kaloni yang tersendiri. Namun terdapat juga semut bentina yang dilahirkan yang tidak keluar dari sarang dan menjadi konflik di dalam sarang dan cuma untuk mengantikan tempat ratu yang sedia ada. Namun terdapat satu spesis semut, dimana semut pekerja boleh menjadi ratu setelah kematian ratu yang sebenar iaitu dari spesis indian jumping ant (Harpegnathos saltator) Sumber :Sciencing , NPR
Harpegnathos saltator (Indian jumping ant)

6. Ratu memberi telur makan air liurnya.
- Seperti kebanyakan serangga sosial lain, semut dewasa memberi makan larva mereka dengan memindahkan cecair (air liur) dari mulut ke mulut dalam proses yang dipanggil trophallaxis. LeBoeuf et al. – yang berpangkalan di institut di Switzerland, AS, Brazil, Jepun dan UK – menggunakan spektroskopi jisim dan penjujukan RNA untuk mengenal pasti molekul yang terdapat dalam air liur semut tukang kayu Florida (Camponotus floridanus). Mereka mendapati bahawa, sebagai tambahan kepada nutrien, air liur semut juga mengandungi hormon juvana dan molekul lain termasuk protein, mikroRNA dan hidrokarbon kutikula. Tambahan pula, jumlah hormon juvana yang dipindahkan oleh trophallaxis adalah cukup tinggi untuk mempengaruhi bagaimana larva berkembang. Sumber : NCBI

7. Semut boleh hidup sehingga mencecah 30 tahun.
- Ratu semut boleh hidup selama beberapa tahun dan melebihi 30 tahun manakala semut jantan hanya mampu hidup selama beberapa minggu sahaja. sumber :Sciencing

Comments

Popular posts from this blog

How an ant communication

Ants are social insects that have several ways of communicating with each other. With thousands or even millions of ants living in a single colony, it is important that these insects can quickly communicate essential information such as where the next meal is located or if there is an intruder coming inside the nest. Unlike humans, ants do not have the ability to speak so they must communicate in other ways. So, how do ants communicate? Five Ways Ants Communicate: Scent (Pheromones) The most important way that ants communicate with other colony members is through unique chemicals called pheromones. Using their antenna to “smell” the pheromones, ants can communicate everything from colony activity to where food is located. Touch In addition to helping them “smell”, ants also use their antenna to touch each other as a way to communicate. Some ants also use their front legs (called forelegs) along with their antenna when contacting each other. Motion & Body Language ...

Myrmecology

Myrmecology merupakan satu cabang kajian entomologi (kajian serangga) yang memfokuskan pada kajian semut. Pada awalnya kajian ini lebih kepada penyelesaian masalah pada manusia. Namun dengan gaya hidup semut yang komplek dan mempunyai organisasinya yang tersendiri, bidang kajiannya dikembangkankan apabila dilihat mempunyai peranan penting dalam ekosistem.  Terkini perkembangan kajian semut juga turut terlibat dari segi revolusi, interaksi, taksonomi, pemuliharaan dan sebagainya. Apa yang menarik pada saya, berkaitan bidang kajian ini walaupun pada awalnya  William Morton Wheel er  (1865–1937)    yang menubuhkan bidang kajian ini kerana kecendurungan dan minatnya  pada serangga serta sejarah semulajadi haiwan. Namun kajian    Edward Osborne Wilson  mula mendapat perhatian tinggi terutama pada penemuan fosil semut pada kapur  tahun 1966 bersama rakan-rakannya dan hasil kajian tersebut mendapati bentuk serangga tersebut tidak terdapat p...